Review: Syma Beauty Skincare, Berkesan atau Tidak?

Assalamualaikum,

Okay, ni entri pertama kat sini. Tak ada official hi atau apa-apa pun, haha. Okay, entri ni berkisarkan Syma Beauty Skincare atau lebih dikenali sebagai SBS dan hasil selepas dipakai lebih kurang dalam 2 bulan. Aku cuba buat entri ni seringkas mungkin, okay?


Basic Set That I've Tried

Jenis Kulit?
Benda yang korang kena tahu sebelum baca adalah.. jenis kulit masing-masing. SBS claim yang produk dorang ni sesuai dengan semua jenis kulit. Tapi, pendapat dan pengalaman peribadi aku pula menunjukkan sebaliknya. Jenis kulit aku ni jenis kombinasi. Sangat berminyak terutamanya pada waktu tengah hari.. macam cermin! Selain tu, Mr. J pun suka sangat bertapak kat muka. Mr. J ni mula wujud sejak zaman sekolah menengah lagi. Waktu tu lagi teruk banding sekarang ni. Sampai zaman remaja aku dilalui dengan tahap keyakinan diri yang sangat rendah. Sobs sobs. Tak mahu ambil gambar langsung! Sebab area yang bersih cuma area around my eyes. :') Nasib baik lah bila usia meningkat, bilangan Mr. J yang muncul semakin berkurangan. Faktor usia? Masih awet muda~ hiks. Oh, lupa. Ada kalanya muka aku akan sangat kering, sampai tahap kulit mengelupas. Tapi dalam kering-kering tuu, berminyak juga! 

Review dan Testimoni Online
Okay, disebabkan keadaan muka aku ni, aku dah cuba banyak produk. Salah satu produk yang aku pernah cuba adalah SBS ni. Sebelum guna, aku dah google untuk tengok semua review dan testimoni pasal produk ni. Okay, seems promising. Macam tak ada review yang buruk pun pasal produk ni. Rata-rata positif dan memuji kesan pantas SBS. Jadi, aku pun berilah peluang kepada SBS ni... Terus order dan sepanjang masa aku gunakan tu, aku habis pakai dua basic sets.

Pengalaman Sendiri
Beberapa minggu awal guna produk ni, muka rasa kering sangat. Aku pun abaikan je kekeringan kulit dan teruskan pemakaian seperti biasa. Anggap benda tu macam proses buang Mr. J, untuk bagi flawless kulit. Tapi makin lama pakai, makin kering rasa kulit. Tapi bilangan Mr. J makin kurang. Tapi, untuk orang yang selalu pakai mekap, akan rasa sangat tak selesa sebab bila tempek bedak kat muka tu... nampak sangat area yang mengelupas. Lagi aku tak suka bila tengok cermin... rasa macam orang tua bila tengok kulit kering area dahi dengan garis senyum tu! Tak suka! Tak suka!

Selepas dua bulan, aku tak nampak perubahan yang ketara sangat pada muka. Mr. J memang berkurang sikit, tapi tak adalah sampai tahap obvious perubahannya. Sebabnya, adik yang dah lama tak nampak pun tak perasan perubahan pada wajah, haha. Tapi, kulit rasa sangatlah kering. Sampai aku rasa tua tengok kulit especially area dahi, hidung dan tepi mulut. So, I give up produk ni dan tukar semula rutin seperti sebelum ni.

Korang Bagaimana?
Haa. Setakat ni yang boleh aku kongsikan. Pengalaman aku dengan SBS mungkin tak sebaik orang-orang yang share review dan testimoni online. Kalau korang dapat result yang berlainan bolehlah share di ruang komen di bawah. Supaya orang lain pun dapatlah membayangkan macam mana rasanya pakai SBS ni. Hehe.

Thank you, bye bye :)