Tips: Tak Berani, Macam Mana Nak Mula Pakai Tudung?

Assalamualaikum,


Okay. Aku bukan lah orang yang ilmu agama tip top, aku juga bukanlah orang yang paling sempurna menutup aurat. Aku juga tak maksum dan aku memang banyak khilaf. 

Jadi? Kenapa Kau Rasa Kau Layak Tulis Entri Ni?
Aku tak lah kata aku layak tulis entri ni. Entri ni sebenarnya sekadar perkongsian. Sebab aku pun bukannya perempuan yang sejak kecil lagi bertudung. Dah nak habis sekolah menengah dulu baru aku bertudung. Jadi, aku rasa, mungkin ada sesetengah orang akan dapat relate dengan entri aku ni dan boleh terbuka hati untuk perlahan-lahan berubah. Aku pun nak kumpul saham juga, hehe.


Sebelum Bertudung...
Aku sebelum bertudung dulu sebenarnya tak adalah liar pun. Aku jaga tingkah laku aku. Kalau nak pergi sekolah, pakai pakaian seragam tu dah sah-sah lah kena pakai tudung, kan? Tapi bila ada aktiviti petang kat sekolah, atau hari sukan, aku tak pakai tudung. Lepas tu, mula lah permainan sorok-sorok secara tak rasmi. Aku dan beberapa orang kawan aku yang masih tak bertudung masa tu berlari-lari lah menjauhi ustaz dan ustazah. Tak nak kena sindir. Lagi-lagi dengan seorang ustazah yang garang gila. 

Pernah ada seorang guru lelaki yang jadi penasihat satu persatuan yang aku join ni tegur aku. Yang aku rasa marah tu sebab masa tu kitorang tengah meeting pasal aktiviti seterusnya yang persatuan kitorang nak buat. Tapi sebab dia mula tegur, tiba-tiba agenda meeting tu dipesongkan untuk fokus pasal kenapa aku tak bertudung sambil selitkan nasihat berbaur paksaan supaya aku bertudung. Ahli-ahli lain dah buat muka tak selesa sebab guru tu asyik cakap-cakap pasal benda yang dorang anggap mungkin buat aku malu. Jadi semua orang pun senyap je.


Tak Bertudung Ni Jahat Sangat Ke?
 "Aku tak bertudung pun, bukannya aku buat benda-benda jahat."
"Macam lah semua perempuan yang bertudung tu baik."

Masa tu dah banyak benda aku fikir. Macam kat atas tu lah. Tapi selepas beberapa tahun, aku teringat balik benda yang aku fikir dan cakap dekat kawan-kawan aku tu. Masa tu baru lah aku sedar betapa aku silap. Memang lah orang yang tak bertudung tu tak semuanya jahat. Tapi dorang akan jadi selangkah lebih baik, dan selangkah lebih hampir kepada Allah kalau pakai tudung. Dan memang lah bukan semua perempuan yang bertudung tu baik, tapi sekurang-kurangnya nampak secara hakiki bahawa dia berusaha untuk perbaiki diri dia. Sebab Allah dah suruh kita supaya tutup aurat. Aku yang free hair masa tu, terang-terangan ingkar. Bila aku ingat balik, rasa bersalah dan sedih dengan diri aku yang dulu.


Titik Perubahan
Semua orang akan lalui titik perubahan dalam hidup dia, dan titik perubahan ni bukan hanya berlaku sekali, tapi berkali-kali. Sebab banyak aspek dalam hidup kita yang akan kita usahakan untuk ubah dengan meningkatnya usia dan pengalaman hidup. Titik perubahan aku dalam soal bertudung ni pula bermula dengan seorang ustazah ni. Ustazah ni, kalau kitorang tak bertudung, macam mana kitorang sembunyi pun dia tetap nampak dari jauh. Dah lah ustazah tu guru subjek Pendidikan Islam kitorang, maka bermula lah sesi teguran dalam kelas Pendidikan Islam. 

"Semalam masa merentas desa, *nama sekian-sekian* tak pakai tudung kan?"

Kitorang pun berpandangan lah. Sambil buat senyum tersipu-sipu, macam nak minta tendangan tanpa bayang je muka kitorang masa tu. Segan pun ada, rasa bersalah pun ada.

"Pakai lah tudung, baru lagi comey. Dah Allah bagi rupa comey-comey belaka. Kalau pakai tudung memang lagi comey. Kalau tak nak pakai tudung terus tak apa. Tutup sikit-sikit, tutup perlahan-lahan. Panjangkan lengan baju sikit-sikit, panjangkan seluar sikit-sikit, pakai topi, lepas tu pakai tudung."

Serius aku cakap, aku terharu sangat. Sebab pertama kali dalam hidup aku, aku tak terasa aku perlu takut dengan ustazah ni. Tapi aku rasa bersalah, sebab utamanya, dia tak kecam kitorang, tapi dekati kitorang dengan pendekatan yang mesra. Haa, ni nasihat untuk orang ramai. Kalau ada orang sekeliling korang tak bertudung, tak payah nak guna pendekatan sentap-menyentap sangat. Pendekatan tu tak berkesan untuk kebanyakan orang. Gunalah pendekatan yang lebih berhikmah.


Macam Mana Aku Start?
Waktu tu, sekolah kitorang ada camping besar-besaran. Biasanya aku kalau camping-camping ni, aku free hair je. Tapi sebab aku terfikir akan bertembung dengan ustazah tu nanti masa camping, aku rasa bersalah. Jadi sepanjang 3 hari camping tu aku bertudung. Selepas camping tamat, aku balik rumah. Pertama kali aku nak keluar rumah sejak camping tu tamat, aku tiba-tiba rasa serba salah nak keluar rumah tanpa pakai tudung. Lepas tu aku terfikir. "Kalau bukan sekarang, bila lagi?"

Serius aku cakap, masa tu banyak benda aku fikir, tapi semua aku tolak tepi supaya aku dapat laksanakan apa yang aku nak buat ni. Jadi aku pun pakai tudung keluar hari tu, sehinggalah sekarang. Aku tak kata sekarang ni aku dah sempurna. Cuma aku masih lagi ke arah menutup aurat dengan betul secara perlahan-lahan. Orang boleh paksa, orang boleh sindir, tapi perubahan tu datang dari diri sendiri.

Mula-mula aku buka cerita ni, ada juga pihak yang pertikaikan. Kau bertudung sebab rasa bersalah kat ustazah tu? Bukan patut kerana Allah ke? Pendapat aku yang tak berapa penuh ilmu di dada ni, aku rasa perubahan tu sememangnya didorong oleh ustazah tu, tapi perlahan-lahan aku ikhlaskan diri atas rasa takut mengingkari perintah Allah. Mungkin juga ustazah tu dihadirkan dalam hidup kitorang sebagai medium Allah untuk bantu kami berubah ke arah yang lebih baik. Seperti mana pisau yang tajam tu digunakan sebagai medium untuk memotong daging dan sayur, dengan izin Allah. Semuanya aku yakin, dengan izin Tuhan.


Tips? Kat Mana?
Tips? Aku tak ada apa-apa tips yang spesifik. Tapi berdasarkan pengalaman dan perbualan dengan orang, aku dapati antara benda yang buat kita masih tangguhkan hasrat untuk bertudung adalah perasaan takut atau risau. Nak takut atau risau apa pula, kan? Mestilah takut dan risau. Sebagai manusia biasa, mesti akan terfikir pasal tanggapan orang lain tentang apa yang kita buat, atau apa kesan bertudung ni dalam kehidupan harian kita. Awal-awal bertudung ni, pasti ada yang tak kena sangat dengan penampilan, sebab baju-baju masih tak berapa nak up-to-date mengikut penampilan bertudung yang terkini. Jadi, ada ketat sikit, singkat sikit, mesti orang nak tegur, nak umpat.

Dalam hidup kita ni, tak semua orang akan sukakan kita. Manusia yang baik macam malaikat pun ada orang benci. Apatah lagi yang biasa-biasa macam kita ni kan? Pendapat aku, abaikan orang-orang macam tu. Kau teruskan je dengan apa yang kau tengah buat. Biarkan apa yang dia buat tu jadi urusan antara dia dengan Tuhan. Kau pula, terus melangkah ke depan. Jangan pandang belakang lagi.

Oh, kalau korang tak nak kekok sangat tiba-tiba pakai tudung, mulakan masa bulan Ramadhan, atau masa awal tahun. Kalau korang nak terus bertudung masa hari-hari biasa pun okay je. Serious aku cakap, cuba bertudung penuh masa event-event keagamaan atau event-event yang buka peluang untuk korang bertudung. Bertudung penuh seharian tu. Buat at least 3 hari berturut-turut. Then, inshaaAllah akan lahir perasaan macam rasa sayang je nak buka tudung lepas tu. Ini aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Apa-apa pun, aku doakan korang berjaya!

Thank you, bye bye:)

Scam atau Legit: Microworkers dot com

Assalamualaikum,








Okay, yang ni obvious bukan account aku. Aku cari kat google je. Credit: Mr. Nandy Sanjeev

Kalau korang baca blog aku dari entri pertama, mesti korang tahu yang aku ni suka cari peluang pekerjaan online. Eh, tak? Okay. Baru satu entri pasal job di rumah sebelum ni, haha. More to come. Sebab aku dah banyak cuba kerja online ni. Lagi-lagi kalau free, ye dak?

Apa itu Microworkers?
Okay, untuk menjawab soalan ini dengan lebih jelas, korang boleh google. Basically, Microworkers ni website yang ada banyak simple task yang boleh korang selesaikan. Pernah dengar Amazon mturk? Haa, lebih kurang macam tu lah. Cuma sedihnya pasal Amazon mturk tu, untuk Malaysian, tak ada job yang available. Sedih kan :') Microworkers ni yang bestnya sign up dia free dan korang terima bayaran melalui paypal. Jadi tak payah lah nak risau tentang nak dedahkan nombor akaun peribadi. Oh, kalau korang nak cari pekerja untuk task yang dah korang pecah-pecahkan pun kat sini tempatnya. Tapi review aku hari ni cuma untuk orang yang nak cari kerja sahaja.

Microworkers ni banyak arahkan korang buat tasks kecil-kecil je. Contohnya klik-klik, browse page and surf, voting, sign up, komen video atau join forum dan antara job dengan bayaran tertinggi adalah bagi review. Cuma yang tak berapa bestnya, kalau jenis orang yang tak sabar atau jenis yang nak cari duit dengan banyak, ini bukan penyelesaiannya. Sebab bayaran dia seciput je. Contohnya kalau nak klik link atau voting tu, bayaran dia ada dalam 0.08 - 0.15usd. Haaa, USD! Yang bestnya pasal tu, kalau convert ke matawang kita kan dah untung dah. Aku try cari kerja dalam microworkers ni pun sekali-sekala je. Masih belum withdraw apa-apa duit lagi setakat ni sebab aku baru kumpul dalam +1.00usd. Hahahaha.

Untuk bekerja dengan Microworkers dengan happy, korang kena lah selesaikan kerja dengan baik. Sebab kalau majikan tak puas hati, peratus kadar kejayaan korang akan jadi makin lama makin rendah. Kalau rendah dari 75%, korang kena tunggu dalam 30 hari atau lebih sebelum korang dibenarkan untuk terus buat tugasan lain. Haa, apa-apa peraturan korang boleh baca kat site dia.

Pembayaran?
Okay, untuk pembayaran ni ada tricky sikit. Pihak Microworkers ni akan hantar pin ke alamat surat menyurat korang SAHAJA. Ni untuk elak berlakunya penipuan atau untuk elak pekerja ada banyak akaun berbeza dalam site dorang. Alaa, sebab kadang-kadang ada je orang yang buat akaun baru lepas kena gantung kan (bila peratusan kadar berjaya kurang dari 75%). Hehe, aku tau macam mana fikiran korang berfungsi lah! Kalau korang tak verify nombor pin tu, korang takkan dapat keluarkan duit yang korang dah kumpul dari microworkers.

Sebab ni la aku cari kerja kat sana sempoi-sempoi je. Aku tunggu sampai aku dah dapat +9.00usd nanti baru aku request pin number tu. Kenapa tunggu sampai +9.00usd je? Sebab aku nak pastikan nombor pin tu betul-betul sampai dan aku boleh terus dapat bayaran seterusnya untuk aku kerja gila ba.. eh, gila-gila kat site tu. Okay tak? Haha. Setakat ni, pengalaman aku dengan Microworkers masih lagi positif dan tak menunjukkan sebarang simptom yang dorang tu scam. Kalau korang dah ada pengalaman kerja dengan Microworkers, atau ada pengalaman withdraw duit, share la dengan orang lain dalam ruangan komen kat bawah. Hehe.

Thank you, bye bye:)

Review: Azanis Scar Serum

Assalamualaikum,



Azanis Scar Serum
Claimed as the best product untuk rawat parut-parut kat badan. Kalau korang google sikit, okay, tak sikit, banyak pasal review Azanis ni, mesti korang akan jumpa satu cerita yang sangat meyakinkan. Alaa, cerita pasal seorang awek bernama Anis yang muka dia berjerawat dan berparut tu. Lepas tu dia dapat tahu pasal produk ni dari rakan sekerja/ pekerja dia. Haa. Lebih kurang macam tu laa. Lepas aku baca je cerita tu, aku yang mudah diyakinkan ni pun terus je rasa nak cuba. Aku nampak kat satu laman insta tu, tengah promo dua. Aku beli dua terus! Bagi satu kat adik sebab dia pun alami masalah yang sama juga.

Berapa Lama Pakai?
Okay, produk ni aku pakai kat muka untuk buang semua parut-parut jerawat yang selalu aku cover pakai bedak. Lepas tu, aku ada lah letak sikit-sikit kat area kaki dan siku. Kawasan yang dipenuhi tanda kenakalan masa zaman kanak-kanak dan remaja, harharhar. Aku selalu pakai sebelum tidur. Selepas solat Subuh, kalau pagi tu aku tak ada nak buat apa-apa pun aku letak juga. First time apply, memang terasa panas-panas yang dikatakan dalam cerita yang ada watak Anis tu. Aku lagilah yakin yang produk ni akan dapat membuang semua parut-parut yang dah lama bertapak kat muka aku ni. Yeahoo! Aku dah nak flawless dah! Macam-macam angan-angan aku. Disebabkan effect panas-panas tu, aku memang rajin gila apply kat muka aku.

Kesannya?
Sobs sobs. Aku pakai produk ni tak lama. Masih ingat tak aku ada cakap yang jenis kulit muka aku jenis kombinasi? Aku rasa sebab muka aku yang memang sedia kala berminyak, jadi lepas dalam dua minggu pakai produk ni, banyak gila jerawat kecil-kecil keluar kat area yang sebelum ni dah tak bermasalah. Area sekitar hidung, bawah mata, dagu dan area kening. Lepas tu aku terus stop pakai. Even kat badan pun aku dah tak sapu sebab fokus aku waktu tu nak rawat muka aku yang semakin jauh dari flawless tu. 

Saranan Aku
Aku tak sarankan orang-orang yang kulit berminyak untuk sapu Azanis ni kat muka. Serum yang aku beli tu masih banyak lagi. Lepas ni aku akan disiplin pakai kat area badan je. Sebab setakat pakai dua minggu lebih hari tu, tak ada kesan sangat pun. Aku try pakai serum tu nanti untuk dua, tiga bulan dan bagi feedback tentang keberkesanan serum tu untuk buang parut kat badan pula.

Thank you, bye bye:)