Review: Azanis Scar Serum

Assalamualaikum,



Azanis Scar Serum
Claimed as the best product untuk rawat parut-parut kat badan. Kalau korang google sikit, okay, tak sikit, banyak pasal review Azanis ni, mesti korang akan jumpa satu cerita yang sangat meyakinkan. Alaa, cerita pasal seorang awek bernama Anis yang muka dia berjerawat dan berparut tu. Lepas tu dia dapat tahu pasal produk ni dari rakan sekerja/ pekerja dia. Haa. Lebih kurang macam tu laa. Lepas aku baca je cerita tu, aku yang mudah diyakinkan ni pun terus je rasa nak cuba. Aku nampak kat satu laman insta tu, tengah promo dua. Aku beli dua terus! Bagi satu kat adik sebab dia pun alami masalah yang sama juga.

Berapa Lama Pakai?
Okay, produk ni aku pakai kat muka untuk buang semua parut-parut jerawat yang selalu aku cover pakai bedak. Lepas tu, aku ada lah letak sikit-sikit kat area kaki dan siku. Kawasan yang dipenuhi tanda kenakalan masa zaman kanak-kanak dan remaja, harharhar. Aku selalu pakai sebelum tidur. Selepas solat Subuh, kalau pagi tu aku tak ada nak buat apa-apa pun aku letak juga. First time apply, memang terasa panas-panas yang dikatakan dalam cerita yang ada watak Anis tu. Aku lagilah yakin yang produk ni akan dapat membuang semua parut-parut yang dah lama bertapak kat muka aku ni. Yeahoo! Aku dah nak flawless dah! Macam-macam angan-angan aku. Disebabkan effect panas-panas tu, aku memang rajin gila apply kat muka aku.

Kesannya?
Sobs sobs. Aku pakai produk ni tak lama. Masih ingat tak aku ada cakap yang jenis kulit muka aku jenis kombinasi? Aku rasa sebab muka aku yang memang sedia kala berminyak, jadi lepas dalam dua minggu pakai produk ni, banyak gila jerawat kecil-kecil keluar kat area yang sebelum ni dah tak bermasalah. Area sekitar hidung, bawah mata, dagu dan area kening. Lepas tu aku terus stop pakai. Even kat badan pun aku dah tak sapu sebab fokus aku waktu tu nak rawat muka aku yang semakin jauh dari flawless tu. 

Saranan Aku
Aku tak sarankan orang-orang yang kulit berminyak untuk sapu Azanis ni kat muka. Serum yang aku beli tu masih banyak lagi. Lepas ni aku akan disiplin pakai kat area badan je. Sebab setakat pakai dua minggu lebih hari tu, tak ada kesan sangat pun. Aku try pakai serum tu nanti untuk dua, tiga bulan dan bagi feedback tentang keberkesanan serum tu untuk buang parut kat badan pula.

Thank you, bye bye:)

Review: Set Neutrogena - Fine Fairness

Assalamualaikum,


Sebelum aku pakai produk ni, aku guna pencuci muka Clean n Clear, lepas tu Safi, then aku stick dengan pencuci muka Garnier (3 in1) untuk satu jangka masa yang agak panjang. Tapi bila aku sedar yang pencuci muka Garnier tu hanya sekadar bagi kulit aku tak meragam dengan dahsyat je, tapi tak merawat atau apa-apa pun, aku pun cuba cari produk lain untuk bantu keadaan kulit aku ni. Aku sebenarnya agak risau juga nak ubah produk sebab risau keadaan kulit jadi makin teruk. Tapi aku beranikan diri je. Sejak tu lah sebenarnya aku mula berani mencuba produk-produk yang ada. Tapi, selepas melakukan kajian yang menyeluruh tentang keberkesanan produk tu baru aku berani cuba lah. Jangan semberono tau kawan-kawan..

Neutrogena. Kenapa Neutrogena?
Aku ni tergolong dalam golongan orang berkulit cerah juga. Kawan-kawan pun tanya, kenapa beli set Fine Fairness? Aku pun kata "Alaa, nak bagi kulit tu fair se-fine-finenya." Okay, fine. Aku tak jawab macam tu. Sebab nanti kawan-kawan aku menyampah pula dengan jawapan aku yang macam perasan berkulit cerah. Aku pun sebenarnya tak pasti kenapa aku pilih set ni. Tapi, antara semua set yang ada kat Guardian masa tu, aku paling tertarik dengan set ni. Sebab packaging dia nampak sangat kemas, eksklusif lagi elegan, sesuai dengan aku, haha. Mesti korang menyampah kan? Sebab aku ada perasaan menyampah sikit baca ayat tu. Jadi aku pun beli la produk ni. Truth be told, produk ni sebenarnya produk yang akan aku kembali pakai kalau produk yang aku try tak beri kesan positif. Sebab produk ni kurangkan pertumbuhan Mr. J dan buat muka aku lebih... macam mana nak cakap eh? Bercahaya? Radiant gitu. Cewahh. 

Pada awalnya aku guna pencuci muka, toner, dan krim malam. Haa, krim siang aku dah ada tapi jenama lain lah, so aku tak beli krim siang set Fine Fairness ni. Aku just nak bagitau, kalau korang memang betul-betul disiplin dan pakai produk ni secara berterusan, akan nampak kesannya. Aku tak jamin kesan dia ala-ala produk yang ada merkuri. Pakai 3 hari terus pucat macam mayat. Tak tak tak. Produk ni bagi radiant je kulit tu. Kecerahan yang nampak sihat. Haa. Satu benda yang aku betul-betul nampak berkesan dalam set ni adalah krim malam. Parut jerawat aku semakin pudar selepas pakai krim malam ni. Aku tahu sebab pernah satu tempoh aku berhenti pakai krim malam tu sebab malas sangat. Alaa, biasalah kehidupan U penuh assignment. Tidur pun dah dekat pukul 3, 4 pagi. Dah rasa tak berbaloi nak pakai sebab tidur cuma 2-3 jam je. Lagipun krim malam ni mahal tau! Haa, nak dijadikan kisah, selepas tamat musim assignment tu la aku start pakai balik krim malam tu. Baru aku sedar betapa bestnya function krim tu.

Sekarang?
Sekarang aku masih setia dengan neutrogena. Aku pakai pencuci muka dan toner dia. Krim malam aku dah tak beli sebab aku tengok harga dia macam menyedihkan poket aku je. Tak mampu la nak beli setiap sebulan atau dua bulan untuk produk ni. Tapi pembelian dia sebenarnya amat berbaloi untuk kesan dia tau. Cuma aku tak mampu. Tapi sekarang ni aku dah jumpa satu produk lain yang boleh bantu pudarkan parut juga! Krim tu lebih murah banding dengan krim malam Neutrogena ni. Lagipun, krim tu boleh pakai siang atau malam, ikut kerajinan. Kalau aku lah, sebab aku tak kisah sangat nak pakai kerap sebab harga krim tu sangat berpatutan. Nanti aku buat review pasal krim tu kat entri lain. Sebab krim tu sebenarnya ada set tersendiri juga. Selepas aku cuba full set nanti aku share review, okay?

Thank you, bye bye:)

Review: Krim Jerawat Datang Bulan

Assalamualaikum,



Krim Jerawat Datang Bulan
Tengok nama pun dah tahu apa fungsi krim ni. Cuma, krim ni sebenarnya bukan hanya untuk perempuan yang tengah datang bulan. Cuma nama dia macam tu, aku agak-agak sebab waktu nak datang bulan ni lah Mr. J banyak keluar. Tapi jangan sebab nama dia macam tu, korang anggap krim ni hanya untuk perempuan tau. Krim ni, lelaki pun boleh pakai. Tapi lelaki sado mado tentulah segan kan nak beli krim ni, kehkeh. Minta tolong kat mak, kakak atau teman tapi mesra untuk belikan lah. Tak pun, cuba cari kat instagram je. Aku pun beli melalui instagram juga sebenarnya. Pandai-pandai lah cek harga yang murah dan pastikan original!

Cara Pakai
Banyak orang kongsikan cara pakai benda ni. Aku ikut je. Selepas Isyak atau sebelum tidur, aku tempek kat atas jerawat tu. Lepas tu esok paginya sebelum solat Subuh, aku cuci muka macam biasa. Bukan sapu satu muka tau! Letak hanya atas Mr. J tu. Kalau Mr. J tu belum berapa nak masak, tempek je atas Mr. J tu. Esoknya memang akan surut. Kalau Mr. J tu dah boleh picit, aku picit dulu baru letak krim tu atas Mr. J tu. Tapi, pastikan korang picit dengan cara yang betul tau! Kalau tak, makin teruk je jerawat korang nanti. Kebiasaannya, kalau esok paginya tu aku tak ada apa-apa nak buat, selepas selesai solat Subuh, aku akan apply lagi krim tu kat atas Mr. J. Kalau krim tu kering nanti dan merekah pun, tak apa! Masih berfungsi juga. Jangan risau!

Kesan?
Bagi aku, apa yang best tentang produk ni adalah packaging dia yang ala-ala tradisional, haha. Aku memang suka dengan style packaging macam ni. Selain tu, tekstur dan bau krim ni aku suka juga. Produk ni sebenarnya memang diakui agak berkesan. Jerawat yang baru nak tumbuh tu tak jadi tumbuh. Dalam masa sehari dua, dia surut macam tu je.  Mr. J yang dah dipicit tu pula, tak tinggalkan parut sangat. Tapi, aku cuma order sekali je. Kenapa? Sebab susah nak beli benda ni on the spot. Aku tak rasa berbaloi untuk bayar mahal termasuk postage untuk produk ni sebab bagi aku kesan krim ni lebih kurang sama dengan krim Mr. J Oxy10. Jadi, aku lebih rela terus guna Oxy10 yang boleh aku terus beli kat Watson atau mana-mana farmasi dan supermarket banding dengan produk ni. Haa, Mr. J aku memang sedegil tu. Oxy5 tak mampu nak halau :') Sedih kan? Tak lah. Tak sedih mana pun. Okay lah, nanti aku review lagi produk yang pernah aku pakai.

Thank you, bye bye:)

Opinion: Social Beauty Standards :')

Assalamualaikum,


Sejak dunia berubah dan mampu diakses tanpa sempadan ni, semakin viral orang kongsikan gambar-gambar perempuan atau lelaki yang memenuhi standard kecantikan terkini. Yang lebih terkesan, golongan perempuan lah. Orang share nak badan kena kurus macam ni macam ni. Paha tak boleh bersentuh macam ni macam ni. Gemok sikit orang cakap macam ba.. eh, khinzir. Paha besar sikit orang kata drumstick. Hidung kena mancung. Boobs kena saiz macam ni macam ni. Kulit kena cerah macam ni macam ni. Badan kena langsing dan tinggi lampai. Kena ada S-line macam ni macam ni. Muka kena V-line sekian-sekian. Haaaa. Zaman sekarang ni orang dah boleh bagi "definisi" apa itu kecantikan.


Kau Normal Lah!
"Gemok tak aku? Aku rasa aku makin gemok laa."

Atas tu cuma contoh soalan yang paling biasa perempuan tanya. Kadang-kadang ada juga kawan perempuan aku yang tanya aku soalan tu. Kalau yang memang buncit, tak apa lah, haha. Aku ajak dorang joging sekali. Tapi kalau jenis yang memang dah kurus tu, mencubit cebisan kulit yang macam dah tak boleh nak tarik sambil tanya aku soalan macam tu... Nak je aku tarik lapisan lemak aku shove it to their face, haha! Tak adalah kejam sangat. Tapi kalau dorang yang kurus tu dah terasa gemok, macam mana dengan aku?



Ukur Baju di Badan Sendiri
Okay, ambil maksud peribahasa tu secara literal. Kalau kau rasa kau saiz S, maka kau beli lah baju saiz S. Kalau badan kau saiz L, kau nak juga pakai saiz M, memang lah ketat! Kau pilih lah baju yang sepadan dengan saiz badan sendiri. Aku ni badan saiz sederhana. Aku beli saiz L supaya baju tu nampak besar sikit je dari frame sebenar badan aku. Sebab tu la baju tu tak melekat kat lelemak yang sebenarnya wujud kat perut aku! Kalau rasa diri sendiri gemok, senangkan cerita, jaga diet dan bersenam, bersenam, bersenam. Tak ada jalan mudah. Kau malas, berat kau lah yang naik. Faham?



Social Beauty Standard
Lagi satu aku nak bebel. Social Beauty Standard ni tak ada yang cakap standard dia yang paling betul. Paling tepat. Kecantikan tu subjektif dan terletak pada mata individu masing-masing. Tapi ada juga jenis kecantikan yang objektif. Contohnya, bahasa yang sopan, tingkah laku yang baik. Kalau personaliti macam longkang, muka macam Megan Fox pun tak guna juga. Jangan nak menangkan sangat apa yang society tekankan pada kita untuk kita kelihatan cantik ikut social beauty standard tu. Asalkan kau sihat, kau gembira, cukuplah. Jangan pula sebab entri ni, korang let go diri sendiri. Kalau BMI tu dah menunjukkan tanda kritikal, maybe it's time to work out. Badan ni, inshaaAllah kita nak pakai lama. Jadi, pastikan badan ni dapat berfungsi dengan baik sepanjang tempoh pinjaman.



Anyway, kalau boyfriend kau nak kau kurus, nak kau cantik. Tinggalkan je douchebag yang shallow tu, and work on yourself. Fikir tentang apa yang kelihatan bagus untuk diri kau, dan apa yang perlu kau ubah pasal personaliti kau. Tak kiralah badan kau macam mana pun, beauty comes in all shapes and sizes, yang penting kau sihat. Okay?

Thank you, bye bye:)

Opinion: From Geek to Hot Babe

Assalamualaikum,


Haa, korang perasan tak perubahan orang-orang kat atas ni? Entri ni khas untuk lelaki dan perempuan especially high school students, haha. Korang yang nak mengimbau kenangan lalu pun boleh juga. Aku tak halang. Harharhar.


High School Years

Masa kat sekolah menengah dulu, aku selalu nampak budak perempuan kena buli dengan budak lelaki. Well, taklah semua. Sebab ada juga perempuan yang memang sejak kecil lagi ditakdirkan menjadi hot stuff dan digilai ramai. Ada juga perempuan yang kena tunggu sampai lepas sekolah menengah, baru berubah jadi hot stuff. Sebab lepas sekolah menengah ni kebanyakan perempuan dah pandai jaga diri. Jaga diri as in, kekemasan, kebersihan dan dah pandai nak grooming. Tahu benda yang sesuai dan benda yang tak sesuai dengan bentuk badan sendiri. Jadi, chubby-chubby pun boleh nampak menawan tau!


Jadi, sedikit nasihat untuk para lelaki, jangan lah kejam sangat dengan budak perempuan kat sekolah tu. Ketahuilah yang dorang pun berpeluang untuk jadi hot bila besar nanti. Masa tu, menyesal dah tak berguna. Perempuan ni pula akan ingat kalau korang perlakukan dia dengan kejam. Harharhar. Aku pun masih ingat pembuli-pembuli zaman sekolah menengah aku. Korang nak ngorat aku yang hot stuff sekarang ni memang tak ada harapan! Harharhar. Peduli apa aku nak perasan kat blog aku sendiri.



Para Gadis Sekalian
Jangan risau! Anda rasa diri anda tak menarik sekarang? Nanti selepas zaman sekolah menengah, korang akan jadi hot se-hot Megan Fox! Okay, itu tak jamin. Ciss, padahal apa yang aku nampak sekarang ni, budak sekolah menengah dah ramai yang hot-hot kot. Produk-produk pun ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Senang je dapat akses. Tak apa. Buat gadis-gadis yang rasa diri tak hot tu, jangan risau! Yang penting, jangan risau sangat tentang rupa paras korang. Sentiasa confident dan akan ada someone yang baik untuk korang. Jaga diri tau!

Thank you, bye bye:)

Opinion: Equality VS Realiti

Assalamualaikum,

Equality?

Baca tajuk entri ni. This is only my opinion. Jangan pula stereotaipkan semua perempuan atau semua lelaki berdasarkan apa yang korang baca dalam entri ni. Tak payah nak sentap-sentap juga. Kalau rasa tak setuju, komen kat bawah, kita bahaskan, haha. Jaga bahasa tau, tak suka keyboard warrior yang tak berapa sopan bertutur. Okay, basically entri ni nak tekankan tentang kehendak perempuan masa kini untuk diberi layanan dan peluang yang sama seperti kaum Adam. Tapi, sejauh mana impak yang diidamkan hasil perjuangan perempuan untuk equality ni dibandingkan dengan realiti yang sebenar?


Common Occurences
"Eh, jangan lupa tau bincang dengan lecturer jabatan A tentang permintaan kita untuk tunda tarikh hantar assignment tu."
"Lecturer tu perempuan atau lelaki?"
"Perempuan."
"Oh, kalau macam tu, Azman lah yang pergi bincang."

Haa. Benda ni biasa je aku dengar sepanjang berada dalam dunia penuntut U ni. Asal je lecturer perempuan, lelaki yang dicadangkan untuk runding dan begitulah sebaliknya. Kenapa jadi macam ni? Sebab orang percaya yang orang berlainan jantina dapat berunding dengan lebih baik dengan lecturer tu. Supposedly kalau equality yang diinginkan sangat oleh kaum perempuan tu tercapai, maka sesiapa pergi, tak kira perempuan atau lelaki pun, hasil yang diperoleh sama kan? Kecuali lah kalau kemahiran berunding orang yang ditetapkan tu tak berapa elok, haha. Yang tu memang tak dapat nak tolong lah.


Bukan dengan lecturer atau majikan sahaja. Korang tengoklah kawan-kawan korang sendiri. Aku tak kata semua perempuan macam ni, tapi mostly tunjuk perlakuan macam ni. Sampai kadang-kadang rasa tak puas hati pun ada. Kalau bandingkan layanan kawan-kawan perempuan sesama kawan perempuan dan gaya kawan-kawan tu kat depan lelaki, amboiii... beza! Kalau depan perempuan, lagi-lagi kat dalam bilik, gaya PMS dia tu macam orang lain tak ada musim PMS je! Tapi yang hairan tu, depan lelaki ibarat perempuan melayu terakhir. Diulangi, tak semua, sebahagian sahaja. Kawan-kawan aku yang berperangai macam ni pun cuma 20% yang tunjuk gaya macam ni.



Banyak sebenarnya benda yang dah dibuat untuk tujuan women empowerment. Yang tu aku tak mahu sentuh. Dalam entri ni sekadar sentuh skala kecil sahaja. Kembali kepada diri masing-masing. Peringkat individu. Tapi yang membentuk masyarakat ni pun individu juga, kan? Kalau macam tu, kenalah ubah diri masing-masing supaya tak berat sebelah kepada mana-mana gender, dan akhirnya dapatlah kita bentuk masyarakat untuk capai equality seperti mana yang kita nak sangat tu.

Thank you, bye bye:)

Scam atau Legit: Job di Rumah dot com

Assalamualaikum,

Kata Pakar tentang JobdiRumah

Review ni tentang JobDiRumah dot com. Masa tengah cuti semester time degree, aku ada terfikir untuk buat kerja sambilan. Sebab aku segan juga duduk lepak kat rumah habiskan beras tunggu makanan berhidang, haha. Tapi, aku tak seberani rakan-rakan lain untuk menjalani walk-in interview. Lagi satu, kekangan pengangkutan pun membataskan juga. Sebab belum ambil lesen kereta lagi, hihi. Jadi, aku pun start la google cara untuk jana pendapatan secara online.

Job Di Rumah?
Pada awalnya, skeptikal juga untuk mencuba. Sebab perlu bayar RM50 untuk daftar. Tapi lepas google testimoni para pengguna, nampaknya review agak positif juga. Jadi, aku pun buka satu akaun bank baru khas untuk online bussiness (rasa selamat sikit, hehe) dan bayar untuk pendaftaran sebagai ahli. Awal-awal tu bergiat aktif tau untuk dapatkan kerja. Job di Rumah ni pun selalu update peluang pekerjaan yang ada online melalui emel.

Scam atau Legit?
Okay, melalui pengalaman sendiri gunakan khidmat Job di Rumah ni, aku tak rasa ianya satu scam. CUMA... Aku tak sarankan sangat orang untuk daftar. Sebab? Banyak peluang pekerjaan online yang boleh korang cari sendiri sebenarnya. Google and walah! Lagipun, kerja-kerja yang Job di Rumah ni update kadang-kadang perlukan korang untuk sign up account untuk web site lain juga. Ada website perlu bayar dan ada yang free untuk sign up. Selain tu, ada juga kerja-kerja yang dipaparkan tu perlu apply dan tunggu sama ada majikan tu nak pilih korang atau orang lain. Jadi, aku sarankan korang better google sendiri peluang kerja online.

Sebenarnya, sampailah ke saat ni, aku masih belum dapat apa-apa hasil daripada Job di Rumah. Aku daftar hujung 2013 hari tu. Tapi nak kata menyesal tu tak ada lah juga. Sebab aku lebih berhati-hati cari kerja online. Lagipun, Job di Rumah ni buka mata aku tentang websites lain yang tawarkan peluang pekerjaan sebagai freelancer. So... rasanya tak rugi kot untuk peluang macam tu. Tapi aku tetap tak sarankan korang daftar, haha. Sebab aku rasa pak cik Google tu akan lebih membantu. Pandai-pandai lah nak key in key words yang sesuai ye nakkk. Oklah, setakat ni review tentang Job di Rumah.

Thank you, bye bye:)

Review: Syma Beauty Skincare, Berkesan atau Tidak?

Assalamualaikum,

Okay, ni entri pertama kat sini. Tak ada official hi atau apa-apa pun, haha. Okay, entri ni berkisarkan Syma Beauty Skincare atau lebih dikenali sebagai SBS dan hasil selepas dipakai lebih kurang dalam 2 bulan. Aku cuba buat entri ni seringkas mungkin, okay?


Basic Set That I've Tried

Jenis Kulit?
Benda yang korang kena tahu sebelum baca adalah.. jenis kulit masing-masing. SBS claim yang produk dorang ni sesuai dengan semua jenis kulit. Tapi, pendapat dan pengalaman peribadi aku pula menunjukkan sebaliknya. Jenis kulit aku ni jenis kombinasi. Sangat berminyak terutamanya pada waktu tengah hari.. macam cermin! Selain tu, Mr. J pun suka sangat bertapak kat muka. Mr. J ni mula wujud sejak zaman sekolah menengah lagi. Waktu tu lagi teruk banding sekarang ni. Sampai zaman remaja aku dilalui dengan tahap keyakinan diri yang sangat rendah. Sobs sobs. Tak mahu ambil gambar langsung! Sebab area yang bersih cuma area around my eyes. :') Nasib baik lah bila usia meningkat, bilangan Mr. J yang muncul semakin berkurangan. Faktor usia? Masih awet muda~ hiks. Oh, lupa. Ada kalanya muka aku akan sangat kering, sampai tahap kulit mengelupas. Tapi dalam kering-kering tuu, berminyak juga! 

Review dan Testimoni Online
Okay, disebabkan keadaan muka aku ni, aku dah cuba banyak produk. Salah satu produk yang aku pernah cuba adalah SBS ni. Sebelum guna, aku dah google untuk tengok semua review dan testimoni pasal produk ni. Okay, seems promising. Macam tak ada review yang buruk pun pasal produk ni. Rata-rata positif dan memuji kesan pantas SBS. Jadi, aku pun berilah peluang kepada SBS ni... Terus order dan sepanjang masa aku gunakan tu, aku habis pakai dua basic sets.

Pengalaman Sendiri
Beberapa minggu awal guna produk ni, muka rasa kering sangat. Aku pun abaikan je kekeringan kulit dan teruskan pemakaian seperti biasa. Anggap benda tu macam proses buang Mr. J, untuk bagi flawless kulit. Tapi makin lama pakai, makin kering rasa kulit. Tapi bilangan Mr. J makin kurang. Tapi, untuk orang yang selalu pakai mekap, akan rasa sangat tak selesa sebab bila tempek bedak kat muka tu... nampak sangat area yang mengelupas. Lagi aku tak suka bila tengok cermin... rasa macam orang tua bila tengok kulit kering area dahi dengan garis senyum tu! Tak suka! Tak suka!

Selepas dua bulan, aku tak nampak perubahan yang ketara sangat pada muka. Mr. J memang berkurang sikit, tapi tak adalah sampai tahap obvious perubahannya. Sebabnya, adik yang dah lama tak nampak pun tak perasan perubahan pada wajah, haha. Tapi, kulit rasa sangatlah kering. Sampai aku rasa tua tengok kulit especially area dahi, hidung dan tepi mulut. So, I give up produk ni dan tukar semula rutin seperti sebelum ni.

Korang Bagaimana?
Haa. Setakat ni yang boleh aku kongsikan. Pengalaman aku dengan SBS mungkin tak sebaik orang-orang yang share review dan testimoni online. Kalau korang dapat result yang berlainan bolehlah share di ruang komen di bawah. Supaya orang lain pun dapatlah membayangkan macam mana rasanya pakai SBS ni. Hehe.

Thank you, bye bye :)