Review: Set Neutrogena - Fine Fairness

10:03 AM

Assalamualaikum,


Sebelum aku pakai produk ni, aku guna pencuci muka Clean n Clear, lepas tu Safi, then aku stick dengan pencuci muka Garnier (3 in1) untuk satu jangka masa yang agak panjang. Tapi bila aku sedar yang pencuci muka Garnier tu hanya sekadar bagi kulit aku tak meragam dengan dahsyat je, tapi tak merawat atau apa-apa pun, aku pun cuba cari produk lain untuk bantu keadaan kulit aku ni. Aku sebenarnya agak risau juga nak ubah produk sebab risau keadaan kulit jadi makin teruk. Tapi aku beranikan diri je. Sejak tu lah sebenarnya aku mula berani mencuba produk-produk yang ada. Tapi, selepas melakukan kajian yang menyeluruh tentang keberkesanan produk tu baru aku berani cuba lah. Jangan semberono tau kawan-kawan..

Neutrogena. Kenapa Neutrogena?
Aku ni tergolong dalam golongan orang berkulit cerah juga. Kawan-kawan pun tanya, kenapa beli set Fine Fairness? Aku pun kata "Alaa, nak bagi kulit tu fair se-fine-finenya." Okay, fine. Aku tak jawab macam tu. Sebab nanti kawan-kawan aku menyampah pula dengan jawapan aku yang macam perasan berkulit cerah. Aku pun sebenarnya tak pasti kenapa aku pilih set ni. Tapi, antara semua set yang ada kat Guardian masa tu, aku paling tertarik dengan set ni. Sebab packaging dia nampak sangat kemas, eksklusif lagi elegan, sesuai dengan aku, haha. Mesti korang menyampah kan? Sebab aku ada perasaan menyampah sikit baca ayat tu. Jadi aku pun beli la produk ni. Truth be told, produk ni sebenarnya produk yang akan aku kembali pakai kalau produk yang aku try tak beri kesan positif. Sebab produk ni kurangkan pertumbuhan Mr. J dan buat muka aku lebih... macam mana nak cakap eh? Bercahaya? Radiant gitu. Cewahh. 

Pada awalnya aku guna pencuci muka, toner, dan krim malam. Haa, krim siang aku dah ada tapi jenama lain lah, so aku tak beli krim siang set Fine Fairness ni. Aku just nak bagitau, kalau korang memang betul-betul disiplin dan pakai produk ni secara berterusan, akan nampak kesannya. Aku tak jamin kesan dia ala-ala produk yang ada merkuri. Pakai 3 hari terus pucat macam mayat. Tak tak tak. Produk ni bagi radiant je kulit tu. Kecerahan yang nampak sihat. Haa. Satu benda yang aku betul-betul nampak berkesan dalam set ni adalah krim malam. Parut jerawat aku semakin pudar selepas pakai krim malam ni. Aku tahu sebab pernah satu tempoh aku berhenti pakai krim malam tu sebab malas sangat. Alaa, biasalah kehidupan U penuh assignment. Tidur pun dah dekat pukul 3, 4 pagi. Dah rasa tak berbaloi nak pakai sebab tidur cuma 2-3 jam je. Lagipun krim malam ni mahal tau! Haa, nak dijadikan kisah, selepas tamat musim assignment tu la aku start pakai balik krim malam tu. Baru aku sedar betapa bestnya function krim tu.

Sekarang?
Sekarang aku masih setia dengan neutrogena. Aku pakai pencuci muka dan toner dia. Krim malam aku dah tak beli sebab aku tengok harga dia macam menyedihkan poket aku je. Tak mampu la nak beli setiap sebulan atau dua bulan untuk produk ni. Tapi pembelian dia sebenarnya amat berbaloi untuk kesan dia tau. Cuma aku tak mampu. Tapi sekarang ni aku dah jumpa satu produk lain yang boleh bantu pudarkan parut juga! Krim tu lebih murah banding dengan krim malam Neutrogena ni. Lagipun, krim tu boleh pakai siang atau malam, ikut kerajinan. Kalau aku lah, sebab aku tak kisah sangat nak pakai kerap sebab harga krim tu sangat berpatutan. Nanti aku buat review pasal krim tu kat entri lain. Sebab krim tu sebenarnya ada set tersendiri juga. Selepas aku cuba full set nanti aku share review, okay?

Thank you, bye bye:)

You Might Also Like

0 Comment(s)