Scam atau Legit: Job di Rumah dot com

7:53 AM

Assalamualaikum,

Kata Pakar tentang JobdiRumah

Review ni tentang JobDiRumah dot com. Masa tengah cuti semester time degree, aku ada terfikir untuk buat kerja sambilan. Sebab aku segan juga duduk lepak kat rumah habiskan beras tunggu makanan berhidang, haha. Tapi, aku tak seberani rakan-rakan lain untuk menjalani walk-in interview. Lagi satu, kekangan pengangkutan pun membataskan juga. Sebab belum ambil lesen kereta lagi, hihi. Jadi, aku pun start la google cara untuk jana pendapatan secara online.

Job Di Rumah?
Pada awalnya, skeptikal juga untuk mencuba. Sebab perlu bayar RM50 untuk daftar. Tapi lepas google testimoni para pengguna, nampaknya review agak positif juga. Jadi, aku pun buka satu akaun bank baru khas untuk online bussiness (rasa selamat sikit, hehe) dan bayar untuk pendaftaran sebagai ahli. Awal-awal tu bergiat aktif tau untuk dapatkan kerja. Job di Rumah ni pun selalu update peluang pekerjaan yang ada online melalui emel.

Scam atau Legit?
Okay, melalui pengalaman sendiri gunakan khidmat Job di Rumah ni, aku tak rasa ianya satu scam. CUMA... Aku tak sarankan sangat orang untuk daftar. Sebab? Banyak peluang pekerjaan online yang boleh korang cari sendiri sebenarnya. Google and walah! Lagipun, kerja-kerja yang Job di Rumah ni update kadang-kadang perlukan korang untuk sign up account untuk web site lain juga. Ada website perlu bayar dan ada yang free untuk sign up. Selain tu, ada juga kerja-kerja yang dipaparkan tu perlu apply dan tunggu sama ada majikan tu nak pilih korang atau orang lain. Jadi, aku sarankan korang better google sendiri peluang kerja online.

Sebenarnya, sampailah ke saat ni, aku masih belum dapat apa-apa hasil daripada Job di Rumah. Aku daftar hujung 2013 hari tu. Tapi nak kata menyesal tu tak ada lah juga. Sebab aku lebih berhati-hati cari kerja online. Lagipun, Job di Rumah ni buka mata aku tentang websites lain yang tawarkan peluang pekerjaan sebagai freelancer. So... rasanya tak rugi kot untuk peluang macam tu. Tapi aku tetap tak sarankan korang daftar, haha. Sebab aku rasa pak cik Google tu akan lebih membantu. Pandai-pandai lah nak key in key words yang sesuai ye nakkk. Oklah, setakat ni review tentang Job di Rumah.

Thank you, bye bye:)

You Might Also Like

1 Comment(s)

  1. 5 tahun lepas pernah daftar.. seriously membazir gila. Sbb termakan dgn ayat2 promo dia. Keje yg die senaraikan dlm blog die semua senang2. Hakikatnya, bila bukak website freelance, kerja2 tu 1 dlm 200. Dan kena bid dgn puluh org lagi.
    Dlm promo takda pon tunjukkan betapa susahnya nk dpt satu job Tu, lagi2 klau takda profil yg hebat.

    ReplyDelete